MB kecewa, 14 sungai di Johor paling tercemar

Iklan
Onn Hafiz melihat keadaan sungai di sekitar Johor Bahru pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi kecewa melihat keadaan beberapa sungai yang tercemar dengan longgokan sampah sarap selain berbau busuk.

Jelasnya, terdapat 14 sungai di Johor dikategorikan dalam kualiti air sungai paling tercemar antaranya Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau meminta satu jawatankuasa bertindak membabitkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkenaan diwujudkan bagi menangani isu sungai tercemar di negeri ini.

"Oleh itu, saya telah meminta JAS, JPS, PBT dan agensi berkenaan untuk mengadakan satu ‘task force’ dan mewujudkan rangka kerja dalam menangani isu sungai tercemar di Johor pada kadar yang segera," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Sabtu.

Iklan
Keadaan beberapa sungai di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang. - Foto Facebook Onn Hafiz

Onn Hafiz turut menggesa Bangsa Johor untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sosial serta bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri, dalam menjaga kebersihan dan kesihatan sejagat.

"Saya yakin dengan adanya kerjasama yang erat daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sungai-sungai di Johor ini pasti dapat dibersihkan, sekali gus dapat merealisasikan agenda Johor Bersih menjelang tahun 2030," ujarnya.

Iklan