Universiti diingatkan kepentingan promosi perpaduan dalam pendidikan - Agong

Iklan
Al-Sultan Abdullahbertitah pada Majlis Malam Perayaan Ulang Tahun ke-60 Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya (UM) di Dewan Tunku Canselor UM Kuala Lumpur malam ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, meminta semua universiti untuk tidak lupa akan kepentingan pendidikan dalam mempromosikan harmoni, uniti dan kemajuan negara.

Al-Sultan Abdullah bertitah, ini kerana universiti memainkan peranan penting dalam membentuk masa hadapan Malaysia dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan ia terus cemerlang.

Iklan
Iklan

Seri Paduka bertitah demikian pada majlis malam perayaan ulang tahun ke-60 Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya (UM) di sini malam ini.

Turut berangkat ke majlis yang diadakan di Dewan Tunku Canselor UM itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Iklan

Meraikan ulang tahunnya yang ke-60, Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan tahniah kepada Jabatan Pengajian Cina atas sumbangannya terhadap kejayaan dan pertumbuhan universiti serta fakulti, dalam memartabatkan dan mengukuhkan legasi menuntut ilmu dan mempromosikan warisan budaya.

"Anda telah meletakkan remaja terbaik anda di universiti, menyediakan biasiswa, menerima pelajar sebagai pelatih, menyediakan geran penyelidikan untuk ahli akademik dan membiayai pelbagai projek sejak enam dekad yang lalu.

Iklan

"Komitmen dan dedikasi anda telah memainkan peranan penting dalam melengkapkan pendidikan berkualiti yang diimpikan negara dan juga institusi kita,” titah Seri Paduka.

Mengenai UM, Al-Sultan Abdullah bertitah, bahawa universiti itu telah secara konsisten menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

"Beta berasa amat gembira apabila mengetahui mengenai pencapaian luar biasa UM mencapai kedudukan universiti ketiga terbaik di Asia Tenggara dan lapan universiti terbaik di seluruh Asia, menurut ranking 2023. Inilah bukti dedikasi dan kerja keras seluruh warga universiti,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong turut memuji Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga merupakan Canselor UM, atas sokongan padu baginda terhadap pendidikan dan usaha mencari ilmu dalam negara.

"Beta amat mengagumi keghairahan baginda dalam mengejar sempadan ilmu; yang turut dijunjung sebagai misi universiti ini juga,” titah Baginda.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tan Sri Chan Kong Choy dalam ucapannya berkata majlis makan malam itu diadakan bagi memperingati 60 tahun penubuhan Jabatan Pengajian Cina, UM.

Beliau berkata, jabatan itu ditubuhkan dengan tiga objektif utama, termasuk mengukuhkan pembelajaran bahasa Cina, menyelidik dan mempromosikan budaya Cina dan memudahkan pertukaran budaya dalam kalangan etnik. - Bernama