Ada 300,000 bilik partition di seluruh negara
Iklan
KUALA LUMPUR - Terdapat tidak kurang 300,000 bilik ‘partition’ atau bilik tambahan yang dibina di dalam sebuah kediaman untuk disewakan kepada golongan kurang berkemampuan dengan nilai sewaan sehingga RM90 juta sebulan.
Kaji selidik dijalankan iBilik, platform pasaran sehenti bilik sewa terbesar Malaysia, juga mendedahkan, lebih enam juta rakyat Malaysia bergantung kepada sewaan bilik penuh atau partition terutamanya pelajar pengajian tinggi dan golongan muda bekerja dari umur 18 hingga 39 tahun yang tidak mampu menyewa rumah atau apartmen.