DAP dan darjah kebesaran
Iklan
MALAYSIA atau lebih tepat lagi Persekutuan Tanah Melayu merdeka sebagai sebuah negara monarki berperlembagaan pada 31 Ogos 1957. Kuasa mutlak pemerintahan beraja dikongsi dengan rakyat menerusi gagasan demokrasi berparlimen.
Namun, sebilangan perlambangan yang dikaitkan dengan pemerintahan beraja mutlak sebelum itu dikekalkan. Salah satu daripadanya, penganugerahan darjah kebesaran pelbagai pingat dan bintang. Ada bergelar, ada yang tidak.