Cintailah bahasa kebangsaan
Iklan
OKTOBER, bulan meraikan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu. Pengisiannya adalah ke atas program disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan meningkatkan citra bahasa Melayu, di samping memperkukuh dan memantapkan kedudukannya agar setiap warga terlibat sama mempamer jati diri masing-masing.
Ia juga akan membolehkan setiap kita menguatkan rasa bangga ke atas bahasa kebangsaan dan mengerat hubungan dalam kalangan warga agar bahasa menjadi alat perpaduan.