[VIDEO] Nafuzi hargai persembahan pemain meskipun berdepan isu tunggakan gaji

Iklan

PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd Nafuzi Zain merakamkan penghargaan kepada pemainnya yang mempamerkan persembahan meyakinkan dalam saingan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC semalam, meskipun dipalit isu tunggakan gaji.

Beliau berkata, pemain berupaya memberikan tumpuan dan meraih kemenangan justeru berharap ia dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya bagi memburu tangga kedua liga dan tiket ke Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan.

Pemain Kedah meraikan kejayaan menewaskan Negeri Sembilan FC dengan jaringan 3-0 pada Perlawanan Liga Super Kedah Darul Aman FC bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Darul Aman malam tadi. Foto Bernama

Iklan
Iklan
Iklan

"Saya sangat berterima kasih kepada pemain saya, kita memahami situasi tersebut (tunggakan gaji) tapi dari segi komitmen pemain, mereka tetap memberi 100 peratus komitmen dan dari segi latihan mereka tetap hadir menjalani latihan.

"Mungkin benda itu sukar tetapi pemain sudah memahami situasi yang berlaku dan mengetahui tindakan yang dilakukan pihak pengurusan yang berjanji untuk menyelesaikannya," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan yang menyaksikan KDA FC menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Iklan

Semalam, pemilik pasukan KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengesahkan pasukan itu kini berdepan masalah kewangan yang menyebabkan bayaran gaji pemain, jurulatih dan pegawai pasukan tertunggak sejak Ogos lepas. - Bernama