Nketiah penyerang terbaik dunia

Iklan
Eddie Nketiah - Foto AFP

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengiktiraf Eddie Nketiah sebagai penyerang 'kelas atasan' dan mampu tampil lebih baik selepas menjaringkan hatrik ketika menewaskan Sheffield United 5-0 pada Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan The Gunners berada di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dibezakan dua mata dari pasukan teratas, Tottenham Hotspur.

Iklan
Iklan

"Saya sangat gembira untuknya iaitu seorang pemain akademi untuk menjaringkan hatrik dalam Liga Perdana.

"Dia perlu menikmati masa ini, dia berhak sepenuhnya, dan berharap banyak lagi gol yang akan dijaringkannya,” katanya.

Iklan

Selepas impak awal yang memberangsangkan dengan empat gol dalam lima perlawanan pada bulan Disember dan Januari, Nketiah gagal menjaringkan gol dalam 13 penampilan terakhirnya ketika Arsenal terpaksa melepaskan kejuaraan EPL kepada Manchester City, musim lalu.

Bagaimanapun, Arteta menegaskan Nketiah mempunyai bakat dan mentaliti untuk menjadi penyerang terbaik Arsenal.

Iklan

"Anda melihat statistik dari 10 tahun terakhirnya, apa yang telah dia lakukan adalah luar biasa.

"Dia memerlukan minit, peluang serta bantuan yang bagus, dia akan menjaringkan gol," katanya.