Ibu pemain bintang Liverpool berjaya diselamatkan

Iklan
Luis Diaz - Foto AFP

PRESIDEN Colombia, Gustavo Petro mengesahkan ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz telah diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, namun pegawai masih mencari bapanya yang hilang.

Pejabat peguam negara Colombia sebelum ini berkata bahawa mereka mengumpulkan pasukan penyiasat untuk mencari pasangan itu di Barrancas, sebuah perbandaran di wilayah La Guajira di utara Colombia.

Iklan
Iklan

Polis Negara mengesahkan telah menyelamatkan ibu Diaz, Cilenis Marulanda dan dia kini berada bersama Pengarah, William Rene Salamanca.

Kelab Liga Perdana Liverpool menandatangani Diaz dengan harga tinggi mencecah jutaan dolar pada pada Januari 2022.

Iklan
Iklan