Turkiye tentang tindakan Israel, teguh di belakang Palestin

Iklan
Lautan manusia mengibarkan bendera Turkiye dan Palestin ketika Erdogan berucap semasa perhimpunan anjuran parti AKP sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza, di Istanbul. - Foto AFP

ISTANBUL - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan tegaskan Turkiye menentang sekeras-kerasnya negara, kumpulan dan individu yang hauskan pertumpahan darah dan pada masa sama berdiri teguh di belakang golongan yang tidak bersalah.

Tegas Erdogan dengan kenyataan ini, beliau mengulangi pendirian menentang penindasan yang dilakukan Israel ke atas penduduk Gaza.

Iklan
Iklan

Beliau juga mengulangi desakan untuk menguatkuasa cadangan bagi menamatkan penindasan di Gaza.

Kenyataan ini dibuat dalam rapat umum besar-besaran untuk Palestin yang diadakan di Istanbul.

Iklan

Bagi tujuan itu, Erdogan turut mencadangkan untuk meganjurkan sidang kemuncak aman antarabangsa bagi Palestin-Israel.

Ia bakal jadi platform negara-negara menyumbang secara positif kepada isu itu.

Iklan

Beliau juga mencadangkan sistem jaminan dilaksanakan untuk melindungi kestabilan.

Sementara itu, Erdogan turut mengecam penglibatan negara-negara kuasa dunia yang menambah ketegangan di Gaza atas alasan solidariti dengan Israel.

"Kerana Israel tidak akan mampu berdiri tanpa sokongan mereka. Tanpa barat, Israel tidak mampu untuk bertahan selama tiga hari, ia akan musnah," katanya.

Dalam pada itu, Erdogan mengulangi keperluan menguatkuasa gencatan kemanusiaan dengan segera, selain menekankan kepentingan membebaskan tahanan.

Beliau turut tegaskan ketika ini negara-negara Islam mesti menunjukkan perpaduan dan solidariti membantu Palestin. - Awani