PETALING JAYA - Koperasi Warga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Selangor Berhad (Kowarna) kini melebarkan peluang perniagaan-nya melalui pembukaan Nafas Function Hall di Kota Damansara di sini.
Pengurusnya, Mohamad Sarif Safian berkata, dewan tersebut mula dibuka pada Sabtu, bertujuan mempromosikan beberapa pakej perkahwinan dengan menawarkan rebat sebanyak RM2,000 sehingga 1 Januari 2024.
"Antaranya, Pakej A berharga RM18,800 untuk 300 pek, Pakej B RM21,800 untuk 500 pek dan Pakej C RM26,800 untuk 1,000 pek termasuk disediakan pelamin, busana pengantin, solekan, katering, kek tiga tingkat, jurukamera, juruacara, kompang dan pertunjukan silat.
"Dewan utama juga berhawa dingin, boleh memuatkan 450 orang dan jika ada permintaan untuk khemah di luar boleh memuatkan 1,200 orang dalam satu masa,” katanya di ibu pejabat Nafas di sini pada Sabtu.
Menurut Mohamad Sarif, pakej ditawarkan itu memudahkan pasangan pengantin untuk membuat keputusan berdasarkan jumlah tetamu yang diundang.
"Perkhidmatan katering juga adalah yang terbaik termasuk pramusaji. Kita pilih selepas melakukan beberapa temu bual, uji makanan dan melihat sendiri kemudahan memasak yang mereka ada.
"Antara menu disediakan ialah nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca sayur, papadom dan buah-buahan,” jelasnya.
Beliau berkata, selain majlis perkahwinan, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan lengkap bagi penganjuran sambutan hari lahir, akikah, pertunangan, persaraan, makan malam, program pejabat dan korporat.
"Pelanggan tidak perlu bimbang kerana parkir kereta disediakan termasuk bawah dewan untuk 100 kenderaan, dilengkapi kemudahan surau dan tandas.
"Bagi sebarang tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi 018 2192113 dan 019 2490979 atau layari www.kowarna.com.my serta Facebook Nafas Function Hall,” ujar beliau.