India hadkan eksport bawang untuk tingkat bekalan domestiknya

Iklan
Foto hiasan

NEW DELHI - India telah mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak AS$D800 setan.

Harga jualan minima itu berkuat kuasa pada Ahad dan akan dikekalkan sehingga hujung tahun 2023, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Pengguna.

Iklan
Iklan

"Langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bawang yang mencukupi bagi pengguna domestik pada harga berpatutan berikutan kuantiti stok bawang daripada musim tanaman 2023 semakin berkurangan," katanya.

Kerajaan juga memperoleh tambahan 200,000 tan bawang untuk meningkatkan stok penimbalnya.

Iklan

India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang pada Ogos.

Harga bawang di wilayah Delhi telah meningkat sehingga 50 peratus sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Iklan

Ia dijangka melonjak lebih 40 peratus bulan depan daripada paras semasa, menurut laporan media tempatan. - Bernama