Mayat tanpa identiti ditemui terapung dekat jeti

Iklan
Mayat kemudiannya diserahkan pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto Ihsan Maritim Malaysia

PARIT BUNTAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menemukan satu mayat terapung berhampiran Jeti Zon Maritim Kuala Kurau di sini pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, mayat tanpa identiti itu dijumpai pasukan yang sedang bertugas di jeti berkenaan sekitar jam 4.11 petang.

Iklan
Iklan

"Mayat berkenaan ditemui kru apabila terlihat separuh badan mayat berkenaan terapung di bawah bot Perkasa 1238 yang bertambat di jeti yang sama.

"Usaha mengeluarkan mayat telah dilakukan melalui bantuan polis dan komuniti setempat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.