Pemimpin Scotland bimbang nasib penduduk Gaza

Iklan
Orang ramai berjalan di antara rumah yang rosak selepas serangan udara Israel di selatan Semenanjung Gaza. - Foto Xinhua

LONDON - Menteri Pertama Scotland, Humza Yousaf pada Sabtu sekali lagi menyuarakan kebimbangan beliau terhadap mangsa yang tidak bersalah terutamanya kanak-kanak yang menanggung beban akibat konflik berterusan di Semenanjung Gaza.

"Kebimbangan saya adalah untuk semua penduduk yang menderita kerana jenayah yang tidak mereka lakukan. Jika anda tidak mengundi untuk keamanan, semasa kanak-kanak sedang nazak, maka saya tidak tahu bagaimana anda boleh tidur pada waktu malam.

Iklan
Iklan

"Terima kasih atas ucapan anda, saya takut kami tidak mendengar khabar daripada mertua saya," tulisnya," tulisnya di X.

Beliau menulis mengenai nasib ibu mertuanya, Elizabeth El-Nakla dan suaminya Maged yang pergi ke Gaza dari Scotland untuk melawat saudara yang sakit.

Iklan

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima resolusi yang ditaja Jordan yang menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

Konflik antara Israel dan Hamas sejak 7 Oktober di Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 7,326 rakyat Palestin terbunuh.

Iklan

Selain itu, seramai 2.3 juta penduduknya mengalami kekurangan makanan, air dan perubatan berikutan pengeboman dan kepungan penuh oleh Israel di Semenanjung Gaza. - Bernama