New Zealand henti cari dua mayat mangsa gunung berapi

Iklan
Jumlah kematian tragedi letupan gunung berapi di White Island meningkat kepada 19 orang. -Foto: Agensi

WELLINGTON - Polis New Zealand menghentikan pencarian dua mayat mangsa letupan gunung berapi di White Island pada 9 Disember lalu.

Ketika kejadian seramai 47 pelancong terutama warga Australia berada di pulau terbabit dan 25 daripada mereka masih dirawat hospital.

Iklan
Iklan

Sehingga kini pihak berkuasa telah menemui 16 mayat dari 18 mangsa yang terbunuh dalam insiden letupan gunung berapi di destinasi pelancongan yang popular itu.

"Operasi mencari dua lagi mayat mangsa yang hilang telah dihentikan," kata penguasa polis, Andy McGregor hari ini.

Iklan

McGregor berkata, mereka membuat keputusan itu selepas memperluaskan kawasan pencarian termasuk dari udara namun gagal mendapat sebarang petunjuk.

"Keluarga mangsa telah dimaklumkan tentang keputusan itu, bagaimanapun kami sentiasa bersedia untuk kembali menyambung pencarian sekiranya mendapat maklumat lebih terperinci," katanya.

Iklan

Dalam pada itu polis turut mengesahkan angka kematian telah bertambah menjadi 19 orang apabila seorang lagi mangsa yang dirawat di hospital meninggal dunia semalam. - AFP.