Fenomena Gerhana Bulan Separa

Iklan
Fenomena Gerhana Bulan Separa dapat dilihat dengan mata kasar ketika tinjauan awal pagi tadi.

Gerhana Bulan Separa itu bermula dari 2.01 pagi hingga 6.27 pagi dan waktu gerhana bulan maksimum jam 4.14 pagi tadi berlaku apabila bulan terlindung oleh bayang umbra Bumi.

Gerhana Bulan Separa ini dapat dilihat dari sebahagian timur Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Asia (termasuk Malaysia) dan Australia.