Internet di Gaza pulih - Nadir

Iklan
Akses Internet dan rangkaian telefon yang telah terputus sepenuhnya di seluruh Semenanjung Gaza pada Sabtu beransur pulih. - Foto AFP (Gambar kecil: Muhammad Nadir Al-Nuri)

SHAH ALAM - Perkhidmatan komunikasi dan internet di Semenanjung Gaza yang dilaporkan terputus sepenuhnya kembali pulih hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi perkongsian di Facebooknya.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah khabarnya Internet beransur pulih di Gaza ketika ini,” katanya ringkas.

Pada Jumaat, Syarikat Telekomunikasi Palestin dilaporkan berkata perkhidmatan tersebut lumpuh pada Jumaat susulan pengeboman besar Israel ke atas talian, menara dan rangkaian.

Iklan

Media antarabangsa turut melaporkan Israel memperhebatkan serangan ke atas Semenanjung Gaza selepas perkhidmatan internet dan komunikasi mudah alih di Wilayah Palestin dilumpuhkan.

Bunyi letupan bom dan cahaya terang susulan serangan udara serta artileri menerangi langit Gaza sepanjang malam tadi.

Iklan