Keunggulan Afrika Selatan

Iklan
Kolisi menjulang Trofi Webb Ellis selepas Afrika Selatan muncul juara menewaskan New Zealand dalam aksi final Piala Dunia Ragbi 2023 di Stade de France pada awal pagi Ahad.

AFRIKA Selatan melakar sejarah tersendiri menjulang Trofi Webb Ellis buat kali keempat selepas meraih kemenangan 12-11 ke atas New Zealand dalam aksi final Piala Dunia Ragbi 2023 di Perancis pada awal pagi Ahad.

Dalam aksi yang berlangsung di Stade de France, Paris itu, skuad Springboks menampilkan corak permainan bertahan mengagumkan untuk mengatasi New Zealand yang beraksi 14 pemain.

Iklan
Iklan

Hanya satu kad kuning dilayangkan dalam sembilan final Piala Dunia sebelum ini, namun permainan kasar menyaksikan empat kad kuning dikeluarkan dalam tempoh 80 minit pertembungan sengit itu di depan 80,065 penonton.

Kapten All Blacks, Sam Cane bernasib malang kerana muncul pemain pertama dibuang padang dalam sejarah final apabila kad diterimanya susulan terjahan keras 'dinaik taraf' kepada merah selepas reviu sejurus sebelum separuh masa pertama tamat.

Iklan

Di sebalik beraksi tiga suku perlawanan itu kurang seorang pemain, All Blacks mengekalkan corak permainan mereka dan menyempurnakan satu-satunya try menerusi Beauden Barrett untuk merapatkan kedudukan kepada satu mata sebelum sejam.

Afrika Selatan mampu bertahan di bawah tekanan dalam suku terakhir dan empat penalti Handre Pollard pada babak pertama ternyata mencukupi untuk mereka menambah satu lagi kejuaraan selepas kejayaan pada tahun 1995, 2007 dan 2019.

Iklan

"Saya fikir perkara utama yang menjelmakan kejayaan ini hanyalah kekuatan pasukan.

"Mereka berpengalaman, pernah berada di final Piala Dunia sebelum ini.

"Malah, sebahagiannya bermain Piala Dunia ketiga.

"Jadi mereka adalah sekumpulan pemain menakjubkan berjiwa pahlawan,” kata jurulatih Afrika Selatan, Jacques Nienaber.

Kemenangan Afrika Selatan mengekalkan trofi itu di hemisfera selatan buat lima kejohanan berturut-turut dan Siya Kolisi muncul kapten kedua selepas kapten All Blacks, Richie McCaw menjulang trofi dua kali.

"Tiada cara buat saya untuk menjelaskannya.

"All Blacks menekan kami sehingga akhir, mereka menyukarkan kami sepanjang perlawanan," ujar Kolisi.