24 maut bas jatuh gaung di Palembang

Iklan
Pasukan mencari dan menyelamat membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian bas terjun gaung di Pagar Alam. -Foto: Agensi

PALEMBANG - Sekurang-kurangnya 24 penumpang maut dan 13 yang lain cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dalam gaung di Indonesia.

Jurucakap polis tempatan, Dolly Gumara berkata, bas yang membawa puluhan penumpang jatuh ke dalam gaung setinggi 150 meter di wilayah Sumatera Selatan lewat malam tadi.

Iklan
Iklan

"Kejadian berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Bengkulu ke Pagar Alam terbabas dan melanggar tembok pengadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung dan masih ada penumpang yang masih terperangkap di dalam bas.

"Pasukan mencari dan menyelamat telah ditugaskan untuk mencari mangsa dan mereka yang cedera telah dibawa ke hospital. Kawasan terpencil dan curam turut menyukarkan kerja-kerja menyelamat," katanya. -AFP

Iklan
Iklan