11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung

Iklan
Rumah penduduk rosak teruk akibat dibadai puting beliung. - Foto ADUN Guar Sanji

ARAU - Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji di sini pada petang Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim berkata, seramai 35 mangsa kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudara mereka yang berdekatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian pada jam 2.30 petang Ahad itu menerbangkan bumbung dan merosakkan harta benda penduduk sehingga mengakibatkan rumah rosak teruk.

"Kejadian berlaku dengan pantas apabila pusaran angin kencang menerbangkan bumbung 11 buah rumah dalam kejadian tersebut.

Iklan

"Enam daripadanya rosak teruk dan melibatkan seramai 35 orang mangsa. Tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya semasa dihubungi pemberita pada Ahad.

Keadaan rumah penduduk yang dibadai puting beliung. - Foto ADUN Guar Sanji

Jelasnya, kejadian tersebut bakal dirujuk kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Mohd Ridzuan yang turut turun ke lokasi kejadian diiringi Pengerusi Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) kampung Padang Besar, Zainul Abidin.

Hadir sama, wakil Ahli Parlimen Arau, wakil Muslimat DUN Guar Sanji dan Penyatuan Ummah yang tampil memberikan sumbangan.