Boikot barang Israel dengan ilmu
Iklan
KETIKA ini, rakyat Palestin di semenanjung Gaza sedang bergelut dengan pembasmian kaum oleh tentera Israel yang telah mengorbankan 8,000 nyawa orang awam semenjak 7 Oktober.
Kelompok yang menyokong aspirasi rakyat Palestin di seluruh dunia mula mengambil tindakan dan memainkan peranan mereka menentang kezaliman Israel dan antaranya melalui gerakan boikot terhadap jenama atau syarikat yang menyokong Israel.