Pecat Iskandar Dzulkarnain rugikan Perikatan Nasional
Iklan
SHAH ALAM - Biarpun sudah diberikan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun parti itu dijangka tidak akan memecat Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, ini kerana sekiranya Iskandar Dzulkarnain dipecat, tindakan itu hanya akan merugikan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sendiri.