Hari paling mengecewakan Ten Hag

Iklan
Erik ten Hag - Foto AFP

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan kekalahan 0-3 kepada Manchester City di Old Trafford pada Ahad adalah antara hari paling mengecewakan buat dirinya sejak mengemudi pasukan itu.

Ditanya sama ada kekalahan itu adalah antara hari paling teruknya dalam pekerjaan itu, Ten Hag memberitahu wartawan:"Ya. Sudah tentu ia mengecewakan."

Iklan
Iklan

"Apabila anda kalah dalam perlawanan derby dengan cara kami kalah adalah mengecewakan.

"Separuh masa pertama kami mempunyai rancangan permainan dan pelaksanaannya sangat baik, tetapi kemudian penalti mengubah segalanya," katanya.

Erling Haaland menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-26 sebelum menambah satu lagi gol empat minit selepas babak kedua bersambung, manakala Phil Foden menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-80.

Iklan

United memulakan saingan musim ini dengan persembahan yang mengecewakan namun kembali bangkit untuk melakar kemenangan berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir sebelum bertemu City,

Namun, jurang antara United dan City cukup besar dengan pasukan kendalian Pep Guardiola itu mendominasi sepenuhnya perlawanan pada separuh masa kedua.

Iklan

Ditanya sama ada United yang kini berada di kedudukan kelapan liga selepas 10 perlawanan semakin merosot, Ten Hag membalas bahawa separuh masa pertama adalah baik untuk pasukannya sebelum City dianugerahkan penalti selain percubaan pemain tengah United, Scott McTominay sebelum rehat diselamatkan Ederson.

Kekalahan United itu menyaksikan mereka ditewaskan kali ketiga oleh City dengan jaringan tiga gol atau lebih di tempat sendiri.

Ia juga merupakan kemenangan ketujuh City di Old Trafford di bawah pengurus Pep Guardiola.