Guru pakai 'baju organ' untuk mengajar

Iklan
Veronica pakai baju lengkap visual organ mendapat pujian netizen.

VALLADOLID - Setiap guru mempunyai cara pendekatan yang berbeza dan kebiasaannya menggunakan pendekatan paling mudah, unik untuk menarik minat pelajar.

Begitulah dilakukan oleh seorang guru, Veronica dari Valladolid, Sepanyol apabila berpakaian lengkap visual organ-organ yang terdapat dalam badan manusia untuk mengajar subjek anatomi.

Iklan
Iklan

Memakai pakaian secara visual itu bertujuan mahu menarik minat pelajar selain memberi kefahaman lebih tepat lokasi di mana setiap organ itu berada di dalam badan, lapor The Mirror.

Suami guru, Michael telah memuat naik gambar itu di laman sosial hingga tular.

Iklan

"Saya bangga kerana memiliki isteri sepertinya kerana ideanya cukup bernas.

"Hari ini dia menjelaskan tubuh manusia kepada pelajarnya dengan cara yang sangat lebih tepat dan kanak-kanak berasa teruja," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, inisiatif guru itu menerima pujian dan perhatian netizen kerana menyifatkan ia sangat kreatif.

@wethly berkata,"Saya akan cuba untuk pakai pakaian ini untuk beri kefahaman kepada anak-anak saya. Idea ini cukup hebat!."

Kata @tyulai,"Saya tidak terfikir boleh guna pakaian seperti ini untuk mendidik para pelajar. Biasa guna patung sahaja."