Menurut maklumat yang disampaikan oleh wakil PASRelief di Palestin, hospital dan kemudahan awam negara itu terus menjadi sasaran, malah bekalan elektrik juga telah diputuskan sehingga menjejaskan operasi di hospital-hospital dalam Gaza.
Jelas Pengerusi PASRelief, Mohd Yusni Mat Piah, penduduk di Gaza kini terpaksa menggunakan generator untuk bantuan bekalan elektrik yang memerlukan bahan bakar seperti diesel.
"Ketika kerja-kerja penyaluran bantuan bekalan diesel dilaksanakan, sukarelawan PASRelief terdedah kepada sasaran bedilan rejim Zionis, kerana dianggap membekal bahan bakar kepada pejuang.
"Hakikatnya mereka sedang menyelamat ribuan nyawa yang kritikal untuk mendapatkan rawatan di hospital,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.
"Namun, semnagat dan jiwa rakyat Palestin cukup kental. Biarpun serangan demi serangan, sekatan demi sekatan terhadap terhadap, tidak akan mematahkan terhadap mereka.
"Berpegang dan mengambil iktibar daripada keutuhan semangat rakyat Palestin itulah membuatkan PASRelief akan terus giat membantu mereka.
"PASRelief ingin mengajak dan menyeru kepada semua untuk turut menyumbang buat mangsa perang di Palestin,” katanya.