GAZA CITY - Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan kemusnahan 47 buah masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
"Pengeboman Israel juga merosakkan sebanyak 203 buah sekolah dan 80 bangunan kerajaan di Semenanjung Gaza,” kata pengarah pejabat media, Salama Maarouf dalam sidang media.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, seramai 116 anggota perubatan, 18 petugas pasukan penyelamat dan kru pertahanan awam, selain 35 wartawan turut terbunuh dalam serangan itu.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 8,005 orang penduduk Palestin terbunuh.
Seramai 2.3 juta penduduk Semenanjung Gaza kini bergelut dengan kekurangan makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan akibat kepungan Israel ke atas wilayah itu.
Hanya beberapa trak bantuan dapat memasuki Gaza sejak pembukaan lintasan Rafah hujung minggu lalu. - Bernama/AA