Elak berkongsi rumah sewa antara lelaki dan wanita bukan mahram

Iklan
SEBAIKNYA, lelaki dan wanita tinggal di bilik hotel atau rumah sewa berasingan bagi mereka yang bukan mahram.

TIDAK dinafikan harga rumah sewa atau penginapan agak tinggi. Sebab itulah mereka mahu pergi bercuti sudah melakukan perancangan awal untuk berbuat demikian.

Bukan sahaja dari segi tempat tinggal yang mahu diinap perlu ditempah awal, tetapi juga faktor kewangan juga perlu diambil kira.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, masih ada sebilangan orang yang memandang remeh hal itu dengan menyewa tempat penginapan bercampur antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Bagi kelompok itu, mereka merasakan perbuatan tersebut tidak salah kerana masing-masing duduk di tingkat dan bilik berasingan walaupun menyewa rumah atau homestay yang sama.

Iklan

Namun begitu, mereka tetap berkongsi ruangan dapur dan ruang tamu yang sama. Apakah pandangan Islam tentangnya?

DR ZULKIFLI

Iklan

"Hal ini kerana ia boleh membawa kepada fitnah dan mendorong kepada perkara tidak sepatutnya.

"Sebaiknya kami berpandangan supaya tinggalkan di hotel yang berasingan bilik, jauh lebih baik daripada satu rumah,” katanya menerusi artikel #2836: Berkongsi Rumah Sewa Antara Lelaki dan Perempuan yang Bukan Mahram Ketika Bercuti yang disiarkan menerusi Maktabah Albakri.

Saranan dikemukakan mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu bertepatan dengan firman ALLAH SWT dan hadis Nabi Muhammad SAW.

ALLAH SWT berfirman:"Katakan (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya ALLAH amat mendalam pengetahuan-NYA tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” (Surah an-Nur, ayat 30-31)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah bahawa tidak sesekali bersunyi-sunyian seorang lelaki ajnabi dengan seorang wanita ajnabiyah kecuali datang yang ketiga di antara mereka berdua iaitu syaitan.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melihat isu sewa bilik melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram dalam satu rumah yang dikongsi kemudahannya bersama merupakan perkara serius dan perlu dielakkan.

WALAUPUN berbeza bilik, tetapi berkongsi kemudahan sama seperti tempat makan, ruang tamu dan sebagainya, ia tetap haram sama sekali dalam Islam. -Gambar hiasan/ Foto: Pexels

"Ayat 32 dalam Surah al-Isra’ mengajar kita bukan sahaja tidak berzina, tetapi juga menjauhi diri daripada zina dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepadanya.

"Salah satunya adalah dengan berkhalwat dan jalan-jalan yang menuju kepada khalwat,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel al-Kafi #670: Hukum Sewa Bilik Dalam Rumah yang Turut Dihuni Wanita Bukan Mahram.

Bayangkan apabila dalam satu rumah, setiap bilik dihuni dan disewa oleh penyewa yang berlainan jantina, sudah pasti akan menimbulkan syak wasangka dan fitnah.

"Justeru, langkah paling wajar adalah mencari bilik lain dan berusaha meninggalkan tempat yang membawa kepada perkara haram.

"Ia bertepatan dengan dua kaedah fiqh iaitu ‘Perkara yang membawa kepada perkara yang haram, perkara itu juga adalah haram’ dan ‘Menutup jalan yang membawa kepada kerosakan’,” katanya.

ISU sewa bilik melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram dalam satu rumah yang dikongsi kemudahannya bersama merupakan perkara serius dan perlu dielakkan kerana perbuatan itu boleh membawa kepada khalwat dan menjerumus kepada penzinaan. -Gambar hiasan/ Foto: Pexels