Bantuan kemanusiaan kepada Palestin: Malaysia, Singapura kongsi pendirian sama - PM

Iklan
Anwar menjawab soalan wartawan ketika sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura di Istana, pada Isnin. - Foto Bernama

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura sepakat mengenai pentingnya menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, selepas Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-10, pada Isnin.

"Saya fikir apa yang penting adalah pendirian yang sama,” katanya merujuk kepada pendekatan berbeza yang diambil setiap pihak sejak konflik Palestin-Israel bermula pada 7 Oktober.

Iklan
Iklan

Anwar menjawab soalan mengenai pendekatan yang diambil oleh setiap negara dan sama ada akan terdapat sebarang kesan ke atas hubungan dua hala Malaysia-Singapura disebabkan oleh reaksi dan sentimen kedua-dua negara berhubung situasi di Asia Barat.

Beliau berkata, Malaysia mengambil pendirian tegas berhubung konflik itu memandangkan keseluruhan isu di Palestin bukannya berlaku sejak dua minggu lepas.

Iklan

"Tetapi itulah yang kita sebut sebagai politik perampasan, satu negara tidak boleh terus menjajah bahagian lain di bumi Palestin. Tetapi apa yang penting sekarang sudah tentulah keamanan dan menghentikan pembunuhan orang awam dan bayi.

"Sudah pasti sentimen di Malaysia sangat kuat," katanya sambil berkata beliau telah berhubung dengan para pemimpin Arab untuk menyatakan pendirian dan sokongan Malaysia untuk penyelesaian yang damai dan segera terhadap konflik itu.

Iklan

Pada 27 Oktober, negara anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) mengundi memihak kepada resolusi gencatan senjata mengena konflik Gaza bagi melindungi orang ramai dan mematuhi undang-undang kemanusiaan.

Malaysia dan Singapura adalah antara 120 buah negara yang mengundi memihak kepada gencatan senjata bersama Thailand, Brunei dan Indonesia.

Sementara itu, Hsien Loong berpandangan bahawa konflik itu tidak akan memberi kesan ke atas hubungan dua hala Singapura-Malaysia dan republik itu sudah membuat kenyataan berulang kali mengenai konflik itu serta mengutuk apa yang berlaku di Asia Barat.

"Keganasan, tragedi kemanusiaan yang menyaksikan pembunuhan terhadap orang awam dan mangsa yang tidak bersalah, serta harapan kedua-dua pihak terbabit dapat mencapai kemajuan dalam rundingan penyelesaian dua negara. Saya percaya rakyat Singapura memahami pendirian kami,” katanya.

Beliau berkata situasi Malaysia tidak sama seperti Singapura berdasarkan kedudukan diplomatik yang berbeza, namun tiada sebab ia boleh menimbulkan kesulitan antara kedua-dua negara.

Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura merupakan mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara kedua-dua negara yang dihoskan secara bergilir-gilir sejak 2007. - Bernama