KPDNHEP Melaka terima 692 aduan pengguna

Iklan
Norena (tiga dari kanan) mengiringi Kok Kiew menyempurnakan pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas peringkat negeri sebuah di pusat membeli-belah di Bandaraya Melaka kelmarin.

MELAKA TENGAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka menerima sebanyak 692 aduan pengguna dari pelbagai akta bagi tempoh Januari hingga setakat ini.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan dalam tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 872 aduan termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah yang dicatatkan pada tahun ini, 417 kes membabitkan aduan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan 190 aduan melibatkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Setakat 18 Disember, KPDNHEP Melaka telah mengutip RM311,655 kompaun dengan nilai rampasan sebanyak RM1,112,190 dan denda RM146,843 hasil daripada 326 kes di bawah Anti Pencatutan 2011.

Iklan

"KPDNHEP sentiasa mengalu-alukan aduan pengguna yang boleh disalurkan dengan pelbagai cara termasuk hadir ke pejabat PKDNHEP Melaka ataupun melalui aplikasi telefon pintar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas yang disempurnakan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Tey Kok Kiew di sebuah pusat membeli-belah di Bandaraya Melaka di sini kelmarin.

Iklan