Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang

Iklan

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang daripada 89 keluarga malam ini, berbanding 156 orang daripada 45 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.

Iklan
Iklan

"Di Kerian, 86 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala 56 orang daripada 18 keluarga di PPS SK Alor Pongsu.

"Sebanyak 170 orang daripada 50 keluarga di Hilir Perak pula berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 4.18 meter berbanding paras normal iaitu dua meter.

Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Kerian di Selama berada pada paras berjaga-jaga, dengan masing-masing merekodkan bacaan 13.69 meter dan 11.21 meter. - Bernama

Iklan