Cuti-Cuti Malaysia surfcasting tawar RM45,000

Iklan
Pantai Remis dipilih sebagai lokasi pertandingan berikutan lokasinya yang menarik dengan pelbagai kemudahan selain perairan Pantai Remis dihuni pelbagai spesis ikan terutamanya belukang.

KUALA SELANGOR - Hadiah wang tunai berjumlah hampir RM45,000 menanti pemenang pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Surfcasting Pantai Remis di sini Ahad ini.

Pertandingan anjuran Wakjali Event Management itu menawarkan hadiah wang tunai RM15,000, naib juara menerima RM4,000 dan ketiga RM2,000.

Iklan
Iklan

Pemenang tempat keempat hingga ke-120 juga akan menerima hadiah wang tunai yang disediakan oleh penganjur.

Jurucakap penganjur, Md Zali Kasran berkata, pertandingan itu dianjurkan untuk menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia yang dipelopori Tourism Malaysia sekali gus merancak dan menggalakkan rakyat Malaysia bercuti dalam negara.

Iklan

"Pelancongan domestik adalah nadi penggerak industri pelancongan dalam negara. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan memancing yang dilaksanakan dalam negara banyak membantu menggerakkan pelancongan domestik.

"Ini sekali gus menyaksikan rakyat berbelanja dalam negara dan membantu sektor pelancongan seperti perhotelan dan inap desa serta peniaga tempatan menambah pendapatan,’’ katanya pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, Pantai Remis dipilih sebagai lokasi pertandingan berikutan lokasinya yang menarik dengan pelbagai kemudahan selain perairan Pantai Remis dihuni pelbagai spesis ikan terutamanya belukang.

Katanya, yuran pendaftaran bagi acara itu ialah RM90 untuk satu joran dan penganjur menyediakan 300 kemeja-T untuk pendaftaran awal.

Beliau menambah, kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan bermula pada jam pada jam 4 petang Sabtu ini.

Md Zali berkata, penganjur turut menyediakan 30 hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai RM100. Sebarang pertanyaan mengenai acara itu boleh menghubungi penganjur di talian 012-2141401 dan 012-6823479.