Produk makanan, daging babi dalam satu lori

Iklan
Pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai Maqis menjumpai sebanyak 240kg daging babi serta produk hasilan daging yang dianggarkan bernilai RM3,000. - Foto Maqis

PADANG TERAP - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menahan sebuah lori membawa barangan seperti sosej babi, sosej ayam, bebola ikan, kek ikan dan lain-lain hasilan pertanian kerana tidak mempunyai permit import yang sah pada Rabu lalu.

Pengarah Maqis Negeri Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, lori tersebut ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Kota Putra, Durian Burung di sini, pada jam 6 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai Maqis menjumpai sebanyak 240 kilogram (kg) daging babi serta produk hasilan daging yang dianggarkan bernilai RM3,000 dan ditahan untuk tindakan lanjut.

"Penahanan ini bertujuan mengawal kemasukan produk babi bagi mencegah penyebaran wabak African Swine Fever (ASF) dan juga menangani kemasukan komoditi agromakanan yang bercampur dengan produk yang tidak halal," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Maqis menahan sebuah lori membawa barangan seperti sosej babi, sosej ayam, bebola ikan, kek ikan dan lain-lain hasilan pertanian di Durian Burung, Padang Terap pada Rabu lalu. - Foto Maqis

Iklan

Hisham berkata, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan bagi memastikan keselamatan biosekuriti makanan negara bebas daripada perosak dan penyakit berjangkit.

Katanya, langkah tersebut dilakukan bagi memastikan semua pihak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Iklan

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.