Bellingham menang Trofi Kopa

Iklan
Bellingham dinobatkan sebagai pemenang Trofi Kopa. Foto EPA

PEMENANG Trofi Kopa, Jude Bellingham memasang impian besar untuk membantu England dan Real Madrid memenangi lebih banyak gelaran pada musim-musim mendatang.

Tonggak tengah berusia 20 tahun itu dinobatkan sebagai penerima Trofi Kopa untuk mengiktiraf pemain terbaik dunia di bawah usia 21 tahun.

Iklan
Iklan

Bellingham turut menduduki tempat ke-18 keseluruhan bagi kategori utama, Ballon d'Or yang dimenangi bintang sensasi, Lionel Messi.

Bellingham sudah meledak 13 gol daripada 13 penampilan sejak menyertai Madrid musim panas lalu, termasuk dua gol ketika kemenangan 2-1 pasukannya dalam aksi El Clasico menentang Barcelona hujung minggu lalu.

Iklan

Bagaimanapun anugerah itu diterima atas prestasi luar biasanya musim lalu apabila dia membantu Borussia Dortmund menghuni tangga kedua Bundesliga selain menyertai England dalam saingan Piala Dunia di Qatar.

"Saya berterima kasih kepada semua yang membantu saya ke tahap ini. Dari Birmingham ke Dortmund dan kini bersama Real Madrid serta pasukan kebangsaan.

Iklan

"Terima kasih atas segala sokongan, ia amat bermakna, banyak lagi akan tiba selepas ini,” katanya.

Pemain Barcelona, Gavi dan Pedri turut tercalon untuk anugerah tersebut, selain rakan sepasukan Bellingham, Eduardo Camavinga.