Keropok Cap Ikan Kelisa Mas

Iklan
Pengusaha Keropok Cap Ikan Kelisa Mas, Mat Hassan Mat Ali, 62, mengangkat keropok yang sudah kering di bawah terik matahari yang sangat sesuai untuk proses pengeringan ketika ditemui di Kampung Pachakan.

Kesempatan cuaca baik dan bekalan ikan yang masih banyak ketika ini, rata-rata pengusaha meningkatkan pengeluaran keropok untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Semasa Monsun Timur Laut bekalan mentah utama iaitu ikan akan berkurangan menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada bekalan dari luar Kelantan dan Terengganu.