Anwar El Ghazi dibenarkan kembali jalani latihan

Iklan
Anwar El Ghazi. - Foto Agensi

PENYERANG FSV Mainz 05, Anwar El Ghazi yang dikenakan penggantungan selepas memuat naik hantaran di media sosial mengenai konflik Israel-Hamas akan kembali menjalani latihan selepas mengakui menyesal terhadap insiden tersebut.

El Ghazi, yang menyertai Mainz pada September dikenakan penggantungan pada 17 Oktober lalu susulan hantaran itu yang kemudian dipadamkannya.

Iklan
Iklan

Menurut kelab Bundesliga itu pada Selasa, Anwar El Ghazi telah diberikan amaran rasmi pengurusan kelab FSV Mainz 05 untuk hantaran yang disiarkannya di media sosial dua minggu lalu.

"Dalam catatan tersebut, pemain Belanda berusia 28 tahun itu mengambil pendirian mengenai konflik di Timur Tengah dengan cara yang tidak boleh diterima pengurusan kelab ini,” kata Mainz dalam satu kenyataan.

Iklan

Kelab itu, yang tidak memberikan butiran lanjut mengenai hantaran ditulis El Ghazi tersebut berkata pemain berkenaan telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pegawai kelab.

"Memandangkan komitmennya untuk menegakkan nilai kelab dan penyesalan yang ditunjukkan oleh El Ghazi dan selaras dengan budaya kelab menggunakan kesilapan sebagai peluang untuk belajar, Mainz membuka pintu untuknya meneruskan tugasnya di sini.

Iklan

Sebagai rekod, Die Nullfunfer kendalian Bo Svensson itu kini berada dikedudukan tercorot Bundesliga dengan tiga mata tanpa sebarang kemenangan selepas sembilan perlawanan.