Terengganu rancang buka pusat jagaan harian warga emas

Iklan
Gambar hiasan 123RF

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu merancang untuk membuka Baitul Ummi iaitu sebuah pusat jagaan harian warga emas pertama di negeri ini.

Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, kewujudan pusat jagaan itu bertujuan memudahkan anak-anak yang bekerja serta mempunyai komitmen lain untuk menghantar ibu bapa mereka bagi mendapatkan penjagaan tanpa perlu bermalam.

Iklan
Iklan

"Semasa di pusat jagaan harian itu ada pelbagai pengisian antaranya kelas mengaji, perkongsian ilmu selain mereka yang sukakan berkebun akan disediakan ruang untuk lakukaan aktiviti sedemikian.

"Ini kerana matlamat kita adalah mahu lahirkan warga emas yang berbudi di mana akhir hayatnya itu ada banyak perkara dilakukan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri malah orang lain," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023 di Dewan Kompleks Ibu Tunggal di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, perkara tersebut akan dibincang secara lanjut bersama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Maliaman Kassim dan pihak Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) dalam usaha menubuhkan pusat jagaan harian warga emas di Terengganu.

Iklan

Katanya, perkara tersebut masih dalam perbincangan selain perincian tentang pusat jagaan harian itu akan dimaklumkan kelak.

"Kita akan bekerjasama dengan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Projek rintis itu akan diadakan di Kuala Terengganu terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke daerah-daerah lain.

"Kita bercadang nak buka pusat jagaan harian ini di setiap daerah. Namun buat masa ini, pusat jagaan harian pertama itu dijangka akan dibuka di Kuala Terengganu," ujarnya.