Skuad B-16 Kelantan United asah taring di Jepun

Iklan
Skuad B-16 KUFC akan menentang beberapa pasukan termasuk kelab akademi yang beraksi dalam Divisyen Dua Liga Bola Sepak Jepun (Liga J2), Fagiano Okayama. (Rezal Zambery. - Foto Agensi)

SKUAD bawah 16 tahun (B-16) Kelantan United FC (KUFC) akan berlepas ke Jepun pada Rabu bagi menyertai Kejohanan Persahabatan B-16 Antarabangsa Kasaoka pada 4 November ini.

Pengarah Akar Umbi KUFC, Rezal Zambery Yahya berkata, skuad itu akan menentang beberapa pasukan termasuk kelab akademi yang beraksi dalam Divisyen Dua Liga Bola Sepak Jepun (Liga J2), Fagiano Okayama.

Iklan
Iklan

"Pihak kelab menghantar pasukan muda bermain di sana bukan sekadar satu pendedahan, malah misi serampang dua mata Sang Kijang Hijau untuk menjalin kerjasama dengan kelab yang bersaing dalam Liga Bola Sepak Jepun,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Menyifatkan jemputan menyertai kejohanan itu sebagai satu penghormatan kepada KUFC, beliau berkata penyertaan mereka memberi memberi peluang kepada pemain muda akademi untuk mengembangkan karier masing-masing.

Iklan

"Pemain juga bakal memperagakan aksi, mempamerkan bakat dan siapa tahu, bakat mereka berkemungkinan dapat menarik minat kelab di sana,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan dalam kejohanan seumpama itu adalah satu daripada langkah KUFC membangunkan sukan bola sepak Kelantan dan Malaysia, khususnya dari akar umbi, agar bakat muda bersedia untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Iklan

"Kami ke sana dengan kerjasama ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd serta Hassan Hardware Ketereh,” katanya. - Bernama