Kaki budak tersangkut dalam lubang tandas

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersangkut dalam dalam lubang tandas.

KAJANG - Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia sembilan tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit apabila kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas rumahnya di Jalan Cheras Batu 12, Sungai Sekamat di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya bertindak memecahkan tandas tersebut untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Iklan
Iklan

"Kita berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit pada jam 12.50 tengah hari,” katanya.