Polis akan laksana tapisan pengasuh, semak rekod jenayah - Nancy

Iklan
Nancy - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan tapisan latar belakang melibatkan pengasuh taska serta proses sebelum ia didaftarkan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihak kementerian telah mendapat respons positif dan akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Ujarnya, pihak polis akan membantu dari segi pemeriksaan rekod jenayah untuk memenuhi syarat kelayakan.

"Secara prinsipnya tiada masalah (persetujuan) walaupun akan ada kesukaran dalam kalangan pengasuh," katanya.

Iklan

Beliau berkata demkikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Usahasama Strategik @Advokasi Antigangguan Seksual Bersama Express Rail Link Sdn Bhd di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nancy menyatakan pihak kementerian akan terus berusaha dalam mengetatkan lagi garis panduan membabitkan isu pengasuh taska.

Iklan

Jelasnya, wujud beberapa bidang kuasa yang berada di luar bidang kuasa kementerian.

"Apa yang jadi keutamaan adalah keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

"Baru-baru ini pun kita tengok laporan ada yang melibatkan bukan warga tempatan (pengasuh) jadi inilah cabaran kita dan kita mahu mereka diambil tindakan.

"Ada yang datang bukan untuk jadi pengasuh jadi ini perkara yang perku kita ketatkan jadi polis sedia kerjasama untuk berikan panduan sama ada mereka layak atau sebaliknya," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, kementerian juga akan melaksanakan lawatan mengejut terhadap taska-taska tidak kira sama ada yang berdaftar atau tidak.

Orang ramai juga katanya disaran untuk tampil membuat laporan sekiranya wujud pusat taska yang tidak berdaftar atau meragukan.

Setakat ini, Nancy memberitahu lebih 1,000 pusat taska didapati tidak berdaftar secara sah dan tidak menerusi garis panduan yang ditetapkan. - Awani