PUTRAJAYA - Isi rumah di Malaysia mempunyai akses yang tinggi kepada bekalan air paip dan elektrik di kediaman, menurut Laporan Survei Kemudahan Asas yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada selasa.
Laporan itu memaklumkan, pada 2022, peratusan akses kepada air paip di tempat kediaman adalah pada 96.7 peratus manakala akses isi rumah terhadap bekalan elektrik ialah 99.7 peratus.