Ikuti My #QuranTime di studio beri peluang peserta fokus ngaji, tadabbur

Iklan
Seramai 40 ahli Pertubuhan Peladang Wanita Kampung Isnin Maarof, Simpang Renggam, Johor bersama Pengasas dan Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas, Hashim Anang.

SHAH ALAM - Hadir sendiri di studio bagi menyertai program My #QuranTime (MQT) 2.0 memberi pengalaman bermakna buat 40 ahli Pertubuhan Peladang Wanita Kampung Isnin Maarof, Simpang Renggam, Johor untuk lebih fokus mengaji dan tadabbur.

Ketua kampung berkenaan, Mazlan Muhd Mukadas berkata, suasana program itu memberi semangat kepada peserta untuk mempelajari lebih mendalam mengenai ayat suci al-Quran.

Iklan
Iklan

"Kami sertai satu sesi sahaja iaitu selama 60 minit. Rasa macam tak cukup dan kena tambah lagi supaya dapat belajar lebih ilmu tajwid serta tadabbur.

"Ilmu yang kami dapat amat berharga dan sangat membantu untuk mengaji dengan lebih baik selepas ini.

Iklan

"Keluar sahaja dari studio selepas habis program, rasa nak datang lagi sekiranya ada peluang dan berkesempatan pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mereka di Studio My #QuranTime pada Selasa bagi mengikuti program dikendalikan Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) selaku pentadabbur, Fazrul Ismail bersama Qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dengan bacaan surah al-Baqarah ayat 89 dan 90.

Iklan

Tambah Mazlan, rombongan tersebut bertolak dari Simpang Renggam kira-kira jam 1 pagi dengan menaiki bas sebelum tiba di Shah Alam pada waktu Subuh dan menunaikan solat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Ujarnya, mereka merasakan perjalanan selama enam jam itu tidak memenatkan kerana masing-masing begitu teruja untuk belajar mengaji secara bersemuka.

"Walaupun perjalanan jauh tetapi secara keseluruhan kami sangat gembira dapat pengalaman yang amat berharga.

"Saya harap dapat menyertai program MQT lagi dan nak ambil dua sesi supaya peroleh pendedahan mencukupi,” katanya.