CAMERON HIGHLANDS - Laluan ke kawasan peranginan Cameron Highlands berjalan lancar tanpa sebarang halangan walaupun berlaku insiden kekecohan petani Kuala Terla di sini semalam.
Tinjauan Sinar Harian dari Simpang Pulai, Ipoh mendapati laluan tersebut boleh dilalui semua kenderaan untuk ke Cameron Highlands selain jumlah kenderaan turut bertambah memandangkan cuti perayaan Krismas esok.
Semalam, laluan ke Cameron Highlands berhampiran Kuala Terla hampir tidak dapat dilalui pengguna jalan raya akibat tindakan petani yang membantah penguatkuasaan dilakukan kerajaan negeri terhadap kebun mereka.