Tentera China mendakwa sebuah bot Filipina memasuki perairan berhampiran Terumbu Scarborough secara haram dan tanpa kebenaran negara itu, lapor Reuters.
Justeru, Beijing menggesa Manila untuk menghentikan provokasi yang akan menggugat hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Kenyataan itu menandakan amaran jarang dibuat tentera China terhadap Filipina berhubung tindakan mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.
Sebelum ini, China dan Filipina berdepan beberapa konfrontasi di Laut China Selatan termasuk perlanggaran antara kapal Pengawal Pantai China dan bot dari Filipina.
Terumbu Scarborough dituntut China, Filipina dan Taiwan.
"Tindakan Filipina telah melanggar kedaulatan China dan undang-undang antarabangsa serta norma asas yang mengawal hubungan antarabangsa dan terdedah kepada salah faham pertikaian lanjut,” kata Tian.
Tambahnya, mereka akan memantau, memberi amaran dan menyekat bot itu mengikut undang-undang.
Beijing menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk sebahagian daripada zon ekonomi eksklusif di Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.
Isu ini telah menyebabkan pergeseran maritim dan pertikaian wilayah yang semakin meningkat. - Agensi