Sistem penilaian prestasi kontraktor lemah punca ketirisan - MCW
Iklan
SHAH ALAM - Sistem penilaian prestasi kontraktor yang terlibat dengan tender-tender kerajaan perlu dinilai secara objektif bagi mengelakkan ketirisan terus berlaku dalam proses perolehan.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kontraktor yang tidak mempunyai kelayakan namun memperoleh tender atas bantuan 'orang dalam' menjadi punca berlakunya ketirisan termasuk rasuah.