GAZA - Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.
Ia disahkan jurucakap sayap tentera Brigade Al Qasam, Abu Ubaida menerusi saluran Telegram.
Abu Ubaida bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bilangan tahanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.
Sebaliknya jumlah besar tahanan kini berada di bawah kawalan individu dan beberapa kumpulan di Genting Gaza.
"Kami memantau naratif yang dimainkan tentera Israel berkenaan pembebasan tahanan dari Gaza ketika pencerobohan berlaku.
"Kami menafikan musuh sampai ke mana-mana tahanan yang berada dalam kawalan Al-Qassam. Jika naratif ini benar, ia bermakna inidividu tersebut ditahan oleh musuh," katanya.
Kenyataan ini sebagai reaksi kenyataan tentera Israel yang mendakwa berjaya membebaskan tahanan ketika operasi daratnya pada Isnin.
Abu Ubaida juga memaklumkan Brigade Al-Qassam bertempur dengan tentera Israel sebanyak tiga kali dan berjaya memusnahkan 22 kenderaan tentera Zionis.