IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 329 orang daripada 94 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 316 orang daripada 90 keluarga semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.