KERAJAAN Bolivia membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel susulan pelancaran operasi ketenteraan negara itu ke atas Gaza.
‘Kegilaan’ Israel mengambil tindakan sedemikian dibidas oleh Timbalan Menteri Luar Bolivia, Freddy Mamani.
Iklan
Iklan
Bolivia merupakan negara pertama di Amerika Latin yang membuat keputusan sedemikian susulan perang yang tercetus antara Palestin dan Israel.
Negara berkenaan juga mendesak agar gencatan senjata dilakukan selain akan segera menghantar sumbangan kemanusiaan ke Gaza.
Bolivia hanya memulihkan semula hubungan dengan Israel pada 2019, selepas lebih 10 tahun memutuskannya ekoran serangan yang dilakukan ke atas Semenanjung Gaza sebelum itu. - Agensi/Awani