Arab Saudi hampir pasti jadi tuan rumah Piala Dunia 2034

Iklan
Arab Saudi menyatakan minat menganjurkan Piala Dunia 2034.

ARAB Saudi berpeluang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa negara itu merupakan calon tunggal yang menyatakan minat.

Keputusan sama ada Arab Saudi boleh menjadi tuan rumah akan disahkan secara rasmi pada akhir tahun depan dengan syarat semua kriteria teknikal dipenuhi.

Iklan
Iklan

Arab Saudi yang telah banyak melabur dalam bola sepak, Formula Satu dan golf bersedia untuk menjadi tuan rumah seterusnya selepas penganjuran di tiga negara iaitu Sepanyol, Portugal dan Maghribi, dengan tiga perlawanan di Amerika Selatan pada edisi 2030.

Tawaran itu dibuat setahun selepas negara jiran Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama di Timur Tengah.

Iklan

Selepas bidaan penuh untuk 2030 dan 2034 diserahkan, mereka akan dinilai oleh FIFA dan diundi pada dua mesyuarat kongres berasingan pada akhir 2024.

Arab Saudi pada mulanya berminat untuk membida Piala Dunia 2030 bersama Mesir dan Greece tetapi idea itu telah dilupakan pada Jun.

Iklan

Sebaliknya, Arab Saudi mengumumkan hasratnya untuk membida menjadi tuan rumah edisi 2034 pada 4 Oktober lalu sebaik sahaja permohonan tersebut dibuka.