17 cedera gara-gara rebut belon

Iklan
Pengunjung berhimpit untuk mendapatkan belon sehingga menyebabkan 17 orang cedera di sebuah pusat membeli belah di Sydney, Australia malam tadi. - Foto: Agensi.

SYDNEY - Sekurang-kurangnya 17 orang cedera dan lima daripada mereka dikejarkan ke hospital selepas berebut belon di pusat membeli-belah Westfield Parramatta di Sydney tengah malam tadi.

Jurucakap polis NSW berkata, kejadian berlaku ketika acara kemuncak festival membeli-belah selama 33 jam tanpa henti sempena sambutan Krismas.

Iklan
Iklan

"Mereka berada di lokasi itu untuk mengambil belon yang dilepaskan bersama-sama hadiah yang terdapat di dalamnya sehingga menyebabkan masing-masing berhimpit.

"Seramai 12 pengunjung di rawat di tempat kejadian manakala lima lagi dibawa ke hospital dan tiga daripada mereka mengalami kecederaan serius termasuk di dada, leher, sakit belakang, mual, pening serta trauma," katanya.

Iklan

Sementara itu, pemilik pusat membeli-belah Scentre Group melalui kenyataannya berkata, pasukan mereka turut bertindak dengan pantas membantu pelanggan termasuk menghubungi perkhidmatan kecemasan dan menjadikan kawasan itu selamat.

"Kami akan sentiasa berhubung dengan pelanggan yang terjejas dan meneliti punca insiden itu berlaku," katanya. - Agensi.

Iklan