Pas terus bawa pendekatan politik damai di Sabah

Iklan
Pas Sabah akan terus membawa pendekatan politik damai, matang dan sejahtera selari dengan budaya serta kepelbagaian masyarakat di Sabah. Gambar kecil: Aliakbar

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Pas Sabah akan terus membawa pendekatan politik damai, matang dan sejahtera selari dengan budaya serta kepelbagaian masyarakat di Sabah.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Pas Sabah yang baharu, Dr Aliakbar Gulasan berkata, parti itu akan terus membina hubungan baik dengan semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu dan juga rakyat di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Sebagai sebuah parti politik yang sudah lama bertapak di Sabah, Pas Sabah akan terus membina hubungan baik dengan semua pihak sama ada parti politik, NGO, orang perseorangan dan rakyat biasa.

Beliau dalam pada itu turut memberi jaminan bahawa Pas Sabah akan terus aktif menjalankan pelbagai program di negeri ini.

Iklan

"Program tersebut termasuk kebajikan, pembangunan pendidikan, menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan agama, memantapkan pelbagai kerja sosial termasuk ketika bencana alam dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan politik yang lain," ujarnya.

Sebelum itu, Aliakbar turut berterima kasih kepada kepimpinan Pas Pusat yang memberikannya kepercayaan untuk memimpin Pas Sabah.

Iklan

"Saya bersama barisan kepimpinan baharu yang akan dilantik kemudian akan berusaha sebaiknya membawa Pas Sabah menjadi salah sebuah parti politik pilihan rakyat Sabah.

"Saya akan memimpin Pas Sabah dengan citra adil, prihatin dan berkebajikan sesuai dengan tema ucapan dasar Presiden dalam Muktamar ke-69 yang baru berlalu minggu lepas," katanya.

Aliakbar sebelum ini menyandang jawatan sebagai Setiausaha Pas Sabah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Sabah yang baharu bagi menggantikan Mohd Aminuddin Aling yang memegang jawatan itu sejak 2011.