Proton lancar model sedan baharu S70

Iklan
Foto kredit Proton

SYARIKAT pembuat kereta, Proton Holdings Bhd secara rasmi melancarkan Proton S70, model sedan baharu yang pertama ditambahkan ke barisan model Proton semenjak pelancaran Proton Persona pada Ogos 2016.

Model ini akan dihasilkan di kilang di Tanjong Malim, Perak.

Iklan
Iklan

Majlis penyerahan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, Proton S70 mencatatkan bab baru bagi Proton kerana kembali ke pasaran sedan keluarga.

Iklan

"Kami meletakkan harapan tinggi bahawa ia akan menjadi popular dalam kalangan peminat Proton yang sedia ada dan baharu, serta membantu kami kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini diterajui oleh model seperti Proton Wira, Waja, dan Prevé.

"Upacara penyerahan hari ini adalah satu lagi langkah penting bagi Proton dalam usaha kami bersama DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd untuk menjadikan Tanjong Malim dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) sebagai hab automotif kebangsaan,” katanya.

Iklan

Sejak tahun 2019, syarikat telah melabur lebih RM1.8 bilion bagi menaik taraf kemudahan di Tanjung Malim.

"Ini memberi harapan yang baik untuk masa depan syarikat, kerana kami berhasrat untuk mengembangkan rangkaian penawaran untuk merangkumi lebih banyak Kenderaan Tenaga Baru (NEV) dan juga, kenderaan elektrik,” katanya. - Bernama

.